Energizer Akan Melancarkan Telefon Pintar Dengan Bateri 18,000 mAh Di MWC

Energizer Akan Melancarkan Telefon Pintar Dengan Bateri 18,000 mAh Di MWC

Diterbitkan pada Jan 25, 2019 oleh .

Bateri ialah kelemahan utama telefon pintar sejak ia muncul di pasaran lebih sedekad yang lalu. Walaupun dilengkapi bateri sekitar 4000 mAh, telefon pintar mercu semasa masih tidak mempunyai hayat penggunaan yang setanding dengan Nokia 3310 yang hanya dilengkapi bateri sebesar 900 mAh. Bagi mereka yang merindui hayat bateri yang lama, Energizer akan melancarkan telefon pintar dengan bateri sebesar 18,000 mAh di MWC 2019.

Ini sekaligus menjadikannya telefon pintar dengan kapasiti terbesar pernah dihasilkan. Sebagai peringatan, tahun lalu Energizer Power Max P16K Pro diumumkan tetapi tidak pernah dilancarkan. Malahan peranti prototaip yang dipamerkan di MWC tidak dihidupkan. Selain telefon pintar dengan bateri gergasi, Energizer turut akan melancarkan 25 peranti pelbagai jenis di acara telefon pintar terbesar di dunia ini kelak.


TIPS & ULASAN