Kecerdasan Buatan DeepMind Berjaya Mengalahkan Pemain StarCraft II Profesional

Kecerdasan Buatan DeepMind Berjaya Mengalahkan Pemain StarCraft II Profesional

Diterbitkan pada Jan 27, 2019 oleh .

Adakah kecerdasan buatan lebih pintar dari manusia dalam permainan StarCraft II? Jawapan kepada persoalan ini terjawab selepas kecerdasan buatan DeepMind berjaya mengalahkan dua pemain profesional Stafrcraft II dalam sepuluh dari sebelas permainan yang dimainkan.,

Program kecerdasan buatan yang diberi nama AlphaStar mengalahkan Dario “TLO” Wünsch dan Grzegorz “MaNa” Komincz. Maruah pemain manusia berjaya diselamatkan dari dikalahkan sepenuhnya oleh  Grzegorz “MaNa” Komincz  dalam satu perlawanan akhir. AlphaStar dilihat mempunyai kemampuan melakukan pergerakan mikro yang tidak dilihat pada pemain manusia. Oleh sebab itu ia mampu mengalahkan manusia walaupun tidak menggunakan unit yang lebih berkuasa.

Mengapakah AlphaStar dibangunkan dan kenapa ia ditugaskan untuk mengawal permainan video? Ini adalah kerana permainan video seperti StarCraft II adalah amat rumit dan memerlukannya mengawal multi-unit serta melakukan keputusan yang tepat mengikut situasi. Ini ialah cabaran kepada kecerdasan buatan dan membezakannya berbanding program bot yang mungkin biasa ada temui di dalam permainan video.

Selain AlphaStar, sistem kecerdasan buatan OpenAI juga telah dibangunkan bagi menentang pemain manusia di dalam permainan DoTA sebelum ini.

Untuk mencapai tahap kecekapannya sekarang, AlphaStar telah dilatih untuk melihat data permainan yang bersamaan dengan bermain selama 200 tahun. Oleh itu jika anda ingin menjadi seorang atlet e-sukan bertahap dunia, anda juga perlu mengambil masa bertahun mengkaji strategi permainan yang dimainkan.


TIPS & ULASAN