Carian
Panggilan FaceTime Berkumpulan Kini Dinyahaktifkan Selepas Pepijat Privasi Ditemui
January 29, 2019 Effi Saharudin

Awal pagi ini kami melaporkan pepijat privasi ditemui pada FaceTime yang membolehkan pemanggil mendengar audio dan melihat video tanpa panggilan diangkat oleh penerima. Ini menimbulkan masalah privasi pengguna terancam kerana diintai tanpa kebenaran. Apple telah berjanji akan memberikan tampalan kepada pepijat dalam minggu ini.

Terkini Apple telah menyahaktifkan fungsi panggilan FaceTime berkumpulan kepada semua pengguna iOS dan macOS. Ini dapat dilihat pada laman status sistem Apple sendiri. Memandangkan ramai pengguna mungkin tidak menyedari akan pepijat privasi ini, langkah menyahaktifkannya buat masa ini adalah langkah paling selamat.

Komen