Ini Ialah Kapasiti Bateri Untuk Ketiga-Tiga Model Samsung Galaxy S10

Ini Ialah Kapasiti Bateri Untuk Ketiga-Tiga Model Samsung Galaxy S10

Diterbitkan pada Jan 30, 2019 oleh .

Dua hari yang lalu Samsung Galaxy M20 dilancarkan dengan bateri berkapasiti 5000 mAh. Ini ialah saiz bateri terbesar pernah digunakan oleh Samsung pada telefon pintar mereka. Dengan Galaxy M20, Samsung berharap akan dapat bersaing semula di dalam segmen kelas pertengahan. Hari ini kapasiti bateri untuk ketiga-tiga model Samsung Galaxy S10 telah tertiris dan apabila dibandingkan dengan Galaxy M20 ia adalah mengecewakan.

Ketiga-tiga peranti ini telah melepasi laman pensijilan telekomunikasi Anatel di Brazil. Samsung Galaxy S10+ dilengkapi bateri sebesar 4000 mAh, Galaxy S10 dilengkapi bateri sebesar 3300 mAh dan akhir sekali S10 Lite dilengkapi bateri sebesar 3000 mAh. Ketiga-tiga kapasiti bateri ini lebih kecil berbanding 4200 mAh yang ditemui pada Huawei Mate 20 Pro . Berita baik di sini ialah Galaxy S10+ mempunyai bateri yang lebih besar berbanding Galaxy S9+ (3500 mAh) dan Galaxy S9 (3000 mAh) tahun lalu.

Apa yang pasti setakat ini ialah Galaxy S10 akan menyokong pengecasan pantas 15W secara berwayar dan juga nirwayar menerusi pad pengecas yang juga telah melepas pengesahan baru-baru ini.


TIPS & ULASAN