IDC – Jualan iPhone Lebih Rendah Berbanding Samsung Pada Suku Yang Lalu

IDC – Jualan iPhone Lebih Rendah Berbanding Samsung Pada Suku Yang Lalu

Diterbitkan pada Jan 31, 2019 oleh .

Pada suku keempat biasanya jualan telefon pintar akan mencanak naik kerana permintaan perayaan Krismas. Secara tradisinya jualan iPhone adalah yang tertinggi diikuti oleh Samsung, Huawei dan pengeluar yang lain. Menurut IDC, pada musim perayaan yang lalu, jualan iPhone buat pertama kali sejak 2015 lebih rendah berbanding Samsung.

Samsung mencatatkan jualan 70.4 juta peranti diikuti oleh Apple (68.4 juta), Huawei (60.5 juta), Oppo (29.2 juta) dan Xiaomi (28.6 juta). Merisaukan bagi Apple jualan mereka menyusut -11.5% berbanding suku yang sama tahun lalu. Samsung turut menyusut sebanyak -5.5%. Huawei pula mencatatkan peningkatan mendadak 43.9%. Secara keseluruhan jualan peranti pada suku yang lalu menyusut -4.9%.

Semalam laporan kewangan Apple telah diterbitkan dengan jualan Apple menyusut hampir 15%. Tim Cook sendiri mengakui harga iPhone yang mahal adalah faktor mengapa ini berlaku. Oleh itu Apple bercadang mengurangkan harga jualan pada beberapa pasaran tertentu bagi merangsang semula jualan.


TIPS & ULASAN