Cari @ Amanz

Jualan iPhone merosot sekitar 17% pada suku pertama tahun fiskal 2019. Tim Cook mengatakan antara faktor ini berlaku adalah harga peranti yang lebih mahal, ekonomi China yang mula perlahan, nilai Dollar yang tinggi dan pengguna tidak membeli model baharu selepas menukar bateri. Oleh sebab itu pihak Apple kini bercadang akan mengurangkan harga iPhone di beberapa pasaran antarabangsa tertentu bagi menggalakkan jualan.

Apple iPhone XS Max MalaysiaIni diumumkan oleh Tim Cook menerusi temuramah bersama Reuters sejurus selepas laporan kewangan diumumkan. Harga jualan iPhone untuk pasaran antarabangsa ditetapkan berdasarkan nilai Dollar. Dengan pengukuhan nila mata wang ini, harga jualan iPhone menjadi terlalu tinggi di pasaran tertentu. Di negara seperti Jepun dan Eropah, harga iPhone yang tinggi tidak terlalu menjejaskan jualan. Tetapi di negara membangun sebaliknya berlaku. Harga jualan iPhone di Malaysia sebagai contoh mencecah RM7000 sebuah.

Sebelum ini Apple telahpun mengurangkan harga jualan iPhone di China dan Jepun bagi  merangsang jualan. Dengan pengumuman ini kami tidak akan terkejut harga jualan rasmi iPhone di Malaysia mungkin akan dikurangkan dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd