IDC – Samsung, Apple Dan Huawei Ialah Tiga Pengeluar Peranti Terbesar Sepanjang 2018

IDC – Samsung, Apple Dan Huawei Ialah Tiga Pengeluar Peranti Terbesar Sepanjang 2018

Diterbitkan pada Jan 31, 2019 oleh .

Kita sudah semakin hampir ke penghujung Januari 2019 dan seperti biasa pada waktu ini jumlah jualan peranti untuk 2018 dikeluarkan. Pagi ini IDC telah mengeluarkan anggaran jualan peranti mereka dan Samsung masih berada di tempat teratas. Menarik sekali mengikut IDC Apple masih lagi di tangga kedua dengan kelebihan tipis di hadapan Huawei.

Angka IDC adalah seperti berikut. Samsung menjual 292.3 juta peranti diikuti oleh Apple (208.8 juta), Huawei (206 juta), Xiaomi (122.6 juta) dan Oppo (113. 1 juta). Samsung mencatatkan penyusutan terbesar di antara lima pengeluar terbesar iaitu sekitar -8% diikuti oleh Apple dengan -3.2%. Huawei mencatatkan peningkatan terbesar 33.6%, diikuti oleh Xiaomi (32.2%) dan Oppo (1.3%).

Jelas sekali tahun 2018 adalah tahun menguntungkan bagi syarikat dari tahan besar China. Namun begitu jualan peranti pada keseluruhan 2018 mengecut sebanyak -4.1% berbanding 2017. Ini petanda awal tahun 2019 trend yang sama akan berlaku kerana faktor ekonomi China.


TIPS & ULASAN