Cari @ Amanz

Sebelum ini kami melaporkan Mark Zuckerberg ingin menggabungkan sistem pemesejan pada aplikasi  WhatsApp, Instagram dan Facebook Messenger. Ini dilihat dapat memudahkan pengguna yang menggunakan ketiga-tiga aplikasi untuk membaca mesej yang diterima secara setempat. Ketika mengumumkan laporkan kewangan Facebook semalam. Zuckerberg berkata proses penggabungan ini mungkin akan berlaku pada tahun 2020.

Mark ZuckerbergBuat masa ini pihak WhatsApp, Instagram dan Facebook sedang memikirkan cara terbaik untuk melakukan penggabungan sistem pemesejan sedia ada. Zuckerberg turut mengatakan dengan penggabungan pengguna yang lebih gemar menggunakan WhatsApp boleh berinteraksi dengan pengguna yang lebih selesa menggunakan Instagram ataupun Messenger.

Beliau melihat masa depan dimana sistem pemesejan aplikasi di bawah payung Facebook akan menjadi mudah digunakan seperti iMessage. Setiap maklumat juga akan hadir dengan sistem penyulitan seperti yang digunakan oleh WhatsApp sekarang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd