Carian
Apple Meminta Maaf Untuk Masalah Pepijat Panggilan FaceTime Berkumpulan – Akan Aktifkan Kembali Minggu Hadapan
February 1, 2019 Aman

Apple hari ini mengumumkan yang mana mereka telah pun mengatasi masalah pepijat untuk panggilan FaceTime berkumpulan yang telah ditemui sebelum ini. Apple mengatakan mereka akan menawarkan kemaskini perisian untuk para pengguna, selain mengaktifkan kembali ciri panggilan video berkumpulan ini pada minggu hadapan.

Sebelum ini, pada minggu ini, pihak Apple telah nyah-aktifkan sokongan FaceTime berkumpulan disebabkan pepijat yang membolehkan pengguna masih kekal melihat dan mendengar apa yang sedang dilakukan oleh penerima panggilan walaupun mereka menolak untuk menjawab panggilan berkenaan.

Selari dengan pengumuman ini juga, Apple turut memohon maaf disebabkan masalah pepijat ini dan kepada semua yang terkesan dengannya.

Komen