Imej Pengolokan Samsung Galaxy Sport Tertiris

Imej Pengolokan Samsung Galaxy Sport Tertiris

Diterbitkan pada Feb 4, 2019 oleh .

Jam tangan pintar baharu Samsung dipercayai akan dilancarkan bersama Samsung Galaxy S10 dan Galaxy F dua minggu sahaja lagi. Ia pastinya mengekalkan rekaan muka jam bulat dengan sistem operasi Tizen. Terkini imej pengolokan untuk Samsung Galaxy Sport telah tertiris dengan rekaan lebih minimalis dan tiada lagi bezel berputar.

Skrin hadapan berbentuk bulat mempunyai sisi melengkung. Dua butang kawalan dikekalkan pada sisi kanan tetapi berbentuk bulat. Tali jam dengan rekaan palam standard dapat dilihat dengan jelas. Dengan tiadanya roda bezel yang berputar, ia seakan mengiakan ura-ura yang mengatakan Samsung mungkin akan kembali ke sistem operasi Wear OS oleh Google.

Harus diakui rekaan jam tangan ini cantik tetapi agak generik seperti Apple Watch. Apa pula pandangan anda? Adakah rekaan tertiris ini lebih menarik berbanding rekaan Gear S3 dan Galaxy Watch yang lebih ranggi sebelum ini?


TIPS & ULASAN