Google Akan Tamatkan Task Versi Web – Kini Diintegrasi Dalam GMail

Google Akan Tamatkan Task Versi Web – Kini Diintegrasi Dalam GMail

Diterbitkan pada Feb 7, 2019 oleh .

Google Task adalah perkhidmatan menguruskan tugas daripada Google, yang boleh diakses melalui pautan khas. Tetapi laman web ini masih lagi menggunakan antaramuka yang klasik dan sukar untuk digunakan.

Google dilihat akan mematikan terus Task versi web dan mereka yang masih menggunakan Task boleh akses segala tugasan melalui GMail dan Calendar. Google telah integrasikan Task ke dalam dua perkhidmatan ini. Google tidak berikan sebarang tarikh bila mereka akan tamatkan Task versi Web, tetapi ia mungkin akan berlaku dalam masa terdekat.

Google turut hadir dengan tutorial untuk pengguna menggunakan Task yang telah diintegrasi dalam GMail dan Calendar. Cara lain untuk akses Task adalah melalui aplikasi Task yang dilancarkan untuk Android dan iOS tahun lepas.


TIPS & ULASAN