Vivo V15 Pro Akan Dilengkapi Kamera Utama 48MP

Vivo V15 Pro Akan Dilengkapi Kamera Utama 48MP

Diterbitkan pada Feb 9, 2019 oleh .

Semalam imej acah Vivo V15 dan V15 Pro telah dimuat naik ke laman media sosial rasmi. Ia mengesahkan peranti kelas pertengahan ini akan hadir ke pasaran Malaysia dengan kamera swafoto periskop 32-Megapixel. Hari ini spesifikasi kamera utama pula disahkan dengan sensor 48-Megapixel.

Sungguhpun begitu empat pixel akan digabungkan menjadi satu oleh perisian bagi menghasilkan gambar yang hanya sebesar 12-Megapixel. Dengan teknik gabungan pixel ini, secara teorinya gambar akan kelihatan lebih tajam, terperinci dan mod malam yang lebih terang.

Setakat ini spesifikasi lain yang diketahui ialah skrin 6.39″ SAMOLED, dijana Sanpdragon 657, memori sebesar 6GB RAM, storan 128GB, kamera utama 48+8+5 Megapixel dan bateri sebesar 3700 mAh. Peranti ini akan dilancarkan secara rasmi pada 20 Februari kelak.


TIPS & ULASAN