Carian
BOE Memintas LG Sebagai Pengeluar Panel LCD Terbesar Di Dunia
February 14, 2019 Effi Saharudin

Pernah suatu ketika panel LCD digunakan pada kesemua telefon mudah alih. Penggunaannya kini semakin berkurangan kerana skrin OLED mampu memaparkan imej yang lebih tajam serta warna yang lebih tepat. Namun begitu permintaan untuk skrin LCD masih lagi popular pada monitor dan televisyen. Menurut laporan firma Sigmaintell Consulting, BOE kini adalah pengeluar terbesar panel LCD dunia.

Mereka berjaya memintas LG yang selama ini menjadi pengeluar terbesar. Menurut laporan mereka BOE menghasilkan 54.3 juta panel TV dan 37.3 juta panel monitor. LG pula hanya menghasilkan 48.6 juta panel TV dan 34.5 juta panel monitor. Tahun lalu BOE menghasilkan panel OLED untuk peranti Huawei. Selepas masalah skrin hijau melibatkan Mate 20 Pro keluaran LG, mereka kini adalah pengeluar skrin OLED terbesar untuk Huawei.

Komen