Cari @ Amanz

Pengguna Huawei Mate 20 Pro Melaporkan Masalah Tunaskrin

Link Copied!

Dengan Mate 20 Pro, Huawei menghasilkan peranti yang cuba mencabar dominasi Samsung dan Apple di persada pasaran peranti pintar. Peranti ini unik kerana dilengkapi sistem tri-kamera lensa ultra sudut lebar dan pengimbas cap jari dalam skrin. Selepas dilancarkan sebilangan kecil pengguna mula melaporkan masalah tunaskrin yang aneh.

Apabila skrin terpasang, pada bahagian sisi ia akan memaparkan warna hijau. Ini mencacatkan imej yang cuba dilihat pada peranti. Masalah screen-bleeding ini jarang sekali dilihat pada skrin OLED kerana lebih kerap ditemui pada skrin LCD sebelum ini.

Huawei masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai masalah ini dan kami sendiri tidak menemuinya pada peranti yang sedang diulas. Apa yang kami sedari sejak akhir-akhir ini masalah skrin kerap berlaku pada peranti mercu seperti Pixel 2 , Pocofone F1 dan iPhone X.

Kemaskini – Pengguna di Malaysia yang menghadapi masalah ini disarankan untuk menghantar peranti ke pusat khidmat pelanggan Huawei berdekatan bagi menjalani proses pemeriksaan sebelum gantian dilakukan.

Sumber Huawei Community menerusi GSMArena


Komen ()