Xiaomi Berkongsi Beberapa Gambar Mi 9 – Memperlihatkan Rekaan Belakang Peranti

Xiaomi Berkongsi Beberapa Gambar Mi 9 – Memperlihatkan Rekaan Belakang Peranti

Diterbitkan pada Feb 14, 2019 oleh .

Xiaomi semalam telah mengumumkan mereka akan melancarkan telefon mercu terbaru mereka, Mi 9 secara rasminya pada minggu hadapan – sehari sebelum Galaxy S10.

Semalam, ketika gambar acah dikongsikan, ia memperlihatkan hanya rekaan tri-kamera belakang yang dibawakan olehnya. Hari ini, Xiaomi turut berkongsi beberapa gambar baru – sekaligus memperlihatkan keseluruhan rekaan belakang telefon pintar berkenaan.

Xiaomi Mi 9

Xiaomi Mi 9

Menurut Xiaomi, mereka menggunakan lapisan nano dalam menghasilkan warna yang unik pada kerangka belakang telefon pintar berkenaan. Perkongsian gambar ini juga memperlihatkan ia tidak menyertakan sebarang bicu audio 3.5mm pada bahagian bawah peranti.

Xiaomi Mi 9 bakal di lancarkan di China pada 20 Februari ini, dan mungkin kita akan melihat beberapa gambar lain dikongsikan pihak Xiaomi dalam hari-hari akan datang.

Xiaomi Mi 9


TIPS & ULASAN