MIUI 10 Global Beta Terkini Hadir Dengan Sokongan Tema Gelap

MIUI 10 Global Beta Terkini Hadir Dengan Sokongan Tema Gelap

Diterbitkan pada Feb 15, 2019 oleh .

Sejak Google hadir dengan kenyataan memberitahu tema gelap pada sistem Android boleh menjimatkan bateri peranti sehingga 60%, banyak pembangun dan pengeluar peranti mula hadir dengan aplikasi dan sistem yang menyokong tema gelap.

Terkini, Xiaomi dilihat mula mengikut jejak langkah ini dengan mengimplementasikan tema gelap dalam sistem MIUI 10. Walau bagaimanapun, tema gelap ini hanya akan membantu jimat bateri jika peranti tersebut menggunakan skrin OLED. Bagi peranti yang menggunakan LCD, walaupun ia tidak membantu menjimatkan bateri – beberapa pengguna tetap gemarkan tema ini kerana ia selesa digunakan.

Aplikasi telefon, kenalan, mesej, galeri, kalkulator, nota, perakam skrin, tetapan kemaskini, ruang notifikasi, dan banyak lagi bahagian sistem lain pada MIUI 10 dilihat terkesan dengan kemaskini tema gelap ini. Buat masa ini, sokongan tema gelap ini hanya hadir buat MIUI 10 Global Beta dan belum lagi hadir pada versi global.

Jika anda berminat, anda boleh kemaskini peranti anda kepada MIUI Global Beta versi 9.2.14. Tetapi peranti Mi 5, Mi 4 dan Redmi Note 3 tidak akan menyokong tema gelap ini.


TIPS & ULASAN