Xiaomi telah sedia berkongsi sedikit demi sedikit info berkaitan telefon pintar akan datang mereka. Hari ini, pengeluar dari China berkenaan turut menerbitkan beberapa gambar, memperlihatkan rekaan hadapan telefon pintar Mi 9 akan datang.
Xiaomi Mi 9 ini hadir dengan rekaan skrin bertakuk kecil, dan dilengkapi skrin AMOLED daripada Samsung. Xiaomi mengatakan ia menawarkan nisbah peranti ke kerangka pada tahap 90.7% mengikut ujian dalaman mereka.
Xiaomi mengatakan mereka menggunakan skrin berasaskan kaca Gorilla Glass 6, dan menawarkan kadar kecerahan 600nit bersama-sama dengannya.
Skrin hadapan ini turut dilengkapi pengimbas cap jari padanya, selain turut menawarkan beberapa ciri-ciri menarik seperti Sunlight Mode 2.0 (untuk penggunaan dibawah cahaya matahari yang terang) dan juga Reading Mode 2.0 (menawarkan pengoptimasian kecerahan skrin berdasarkan cahaya sekeliling).
Xiaomi sebelum ini sedia mengesahkan Mi 9 akan hadir dengan tri-kamera 48-megapixel dibelakang, selain ia turut dijana berasaskan cip Snapdragon 855.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 20 Februari ini untuk melihat pelancaran rasmi Xiaomi Mi 9 ini.