Vivo V15 Pro Dilancarkan – Kamera Swafoto Mekanikal, Snapdragon 675, Mikro-USB

Vivo V15 Pro Dilancarkan – Kamera Swafoto Mekanikal, Snapdragon 675, Mikro-USB

Diterbitkan pada Feb 20, 2019 oleh .

Vivo hari ini telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka yang dinantikan ramai, iaitu Vivo V15 Pro. Pelancaran ini juga sekaligus memperlihatkan spesifikasi penuh telefon pintar berkenaan secara rasminya.

Vivo V15 Pro membawakan penawaran seumpama Vivo NEX sebelum ini, dimana kamera swafotonya boleh disembunyikan. Ia beroperasi secara mekanikal, dimana ia dinaikkan apabila pengguna mengakses aplikasi kamera atau apa-apa yang memerlukan kamera swafoto.

Vivo V15 Pro

Vivo V15 Pro boleh merakamkan gambar swafoto 32-megapixel, selain kamera belakangnya hadir dengan sokongan sensor 48-megapixel. Kamera belakang juga turut hadir dengan sensor tambahan 8-megapixel (untuk rakaman sudut luas) dan 5-megapixel, sekaligus menjadikan Vivo V15 Pro mempunyai tri-kamera dibelakang peranti.

Walaupun menawarkan keupayaan untuk rakaman gambar pada resolusi tinggi, tetapi Vivo menetapkan rakaman asas pada telefon pintar ini pada resolusi 8-megapixel (untuk swafoto), selain 12-megapixel (untuk kamera belakang) – sekaligus mengurangkan saiz storan gambar, selain menjadikan hasil rakaman lebih cantik dan menerima lebih pencahayaan. Vivo turut mengatakan ia menyertakan sejumlah integrasi kecerdasan buatan dalam menjadikan hasil rakaman lebih cantik menggunakannya.

Dari segi spesifikasi lain, Vivo V15 Pro hadir dengan skrin 6.4-inci OLED, dijana cip Snapdragon 675, memori sehingga 8GB RAM, dan bateri 3700mAh. Vivo V15 Pro turut menggunakan pengimbas cap jari pada krin, selain dilengkapi sistem operasi berasaskan Android 9 Pie.

Walaubagaimanapun, salah satu yang mungkin mendukacitakan ramai pengguna adalah ia masih hadir menggunakan mikro-USB dan bukannya USB-C.

Buat masa ini, Vivo V15 diumumkan untuk pasaran India pada harga Rs 28,990 iaitu sekitar RM1659. Vivo Malaysia bakal melancarkan telefon pintar ini untuk pasaran tempatan secara rasminya pada minggu hadapan.

Baca : Pandang Pertama Vivo V15 Pro


TIPS & ULASAN