Samsung Memperkenalkan Jam Tangan Pintar Memfokuskan Kecergasan – Galaxy Watch Active

Samsung Memperkenalkan Jam Tangan Pintar Memfokuskan Kecergasan – Galaxy Watch Active

Diterbitkan pada Feb 21, 2019 oleh .

Selain memperkenalkan Galaxy Buds, Samsung juga turut memperkenalkan satu lagi aksesori baru dibawah keluarga Galaxy, iaitu Samsung Galaxy Watch Active.

Samsung Galaxy Watch Active hadir dengan rekaan yang moden dan minimalis, menggunakan muka jam bulat, selain hadir dengan pelbagai pilihan muka jam berbeza melaluinya.

Jam tangan pintar ini turut hadir dengan sejumlah sensor untuk memantau kecergasan dan kesihatan pengguna. Ia menyertakan pemantauan tekanan darah, latihan bernafas untuk mengurangkan tekanan, selain memudahkan anda menjalankan aktiviti dengan mengaktifkan mod khusus padanya.

Dari segi spesifikasi, ia menggunakan skrin 1.1-inci, cip Exynos 9110, memori 768MB RAM, dan bateri 230mAh. Jam tangan pintar ini turut boleh digunakan untuk memantau aktiviti renang dan menyokong sokongan kalis air 5ATM.

Samsung Galaxy Watch Active ini boleh digunakan bersama telefon pintar berasaskan Android atau iOS. Pengguna juga turut boleh memasang sejumlah aplikasi padanya, termasuk Spotify.

Buat masa ini, harga jualan tempatan untuk jam tangan pintar ini masih tidak diketahui lagi.


TIPS & ULASAN