Realme 3 Akan Hadir Dengan Dua Variasi – Janaan Cip Helio P70 Dan P60

Realme 3 Akan Hadir Dengan Dua Variasi – Janaan Cip Helio P70 Dan P60

Diterbitkan pada Feb 21, 2019 oleh .

Sub-jenama Oppo, Realme dilihat agak rancak meraih populariti. Dengan pelancaran beberapa produk Realme sebelum ini dan Realme 2 Pro tahun lepas, Realme sudah bersedia untuk hadir dengan model baru.

Semalam, Realme telah mengacah kehadiran Realme 3 dengan mengicau gambar kotak Realme 1 + Realme 2 =? Hari ini, CEO Realme – Madhav Sheth telah mengesahkan yang mana Realme 3 akan dijana dengan cip pemprosessan Helio P70. Menurut Madhav, Helio P70 adalah cip pemproses kelas pertengahan yang terbaik dan lebih baik daripada cip Snapdragon 660 yang popular digunakan pada peranti dalam kelas ini.

Bersama-sama dengan pengesahan cip pemproses yang menjana Realme 3, Madhav turut berkongsi imej pengolokan rasmi Realme 3 yang memperlihatkan warna cerun biru/ungu yang dipadankan dengan kerangka rekaan ikonik Realme. Tiada butiran lain yang diperoleh, tetapi – Helio P70 menyokong kamera 24+16 Megapixel. Jadi, Realme mungkin akan gunakan lensa ini ataupun mungkin akan lebih rendah.

Tetapi yang mengecewakan adalah, Realme 3 dengan Helio P70 dikatakan hanya akan dijual secara eksklusif di India sahaja. Untuk pasaran lain, Realme 3 akan dijana dengan cip pemproses Helio P60. Informasi ini diperoleh daripada Android Authority.

Sumber: @MadhavSheth1 [1] dan [2]


TIPS & ULASAN