Chrome Pada Android Q Akan Jeda Laman Web Untuk Mengawal Pengguna Dari Obses Melayari Internet

Chrome Pada Android Q Akan Jeda Laman Web Untuk Mengawal Pengguna Dari Obses Melayari Internet

Diterbitkan pada Feb 21, 2019 oleh .

Digital Wellbeing adalah aplikasi sistem yang terbina dalam Android Pie. Ia dibangunkan untuk mengawal pengguna dari obses menggunakan telefon pintar. Antara fungsinya adalah; menghalang sesuatu aplikasi dibuka jika masa menggunakan aplikasi tamat, mengaktifkan ‘Do Not Disturb’, menukar warna paparan peranti kepada hitam-putih dan banyak lagi.

Aplikas-aplikasi, sudah pun boleh dikawal oleh Digital Wellbeing. Tetapi bagaimana dengan laman web? Jika seseorang terlampau obses melayari web sehingga lupa masa dan diri, lupa untuk makan atau solat, bagaimana Digital Wellbeing boleh bertindak? Google akan mengimplementasikan Digital Wellbeing dalam Chrome pada Android Q kelak.

Dengan integrasi ini, pengguna boleh menetapkan masa (seperti jam randik) pada sesuatu laman web yang kerap dibuka. Jika sampai masa, contohnya 1 jam – Digital Wellbeing akan jeda laman web itu dan pengguna langsung tidak boleh membukanya. Disebabkan ia adalah dalam Digital Wellbeing, pengguna turut boleh memantau melalui papan pemuka dalam aplikasi Digital Wellbeing.


TIPS & ULASAN