Samsung Malaysia hari ini telah mengesahkan yang mana telefon pintar boleh-lipat mereka, iaitu Galaxy Fold bakal ke pasaran tempatan menjelang suku kedua 2019 kelak. Walaubagaimanapun, harga jualannya tidak dikongsikan lagi buat masa ini.
Samsung Galaxy Fold menggunakan skrin boleh-lipat, dimana ia menggunakan skrin 7.3-inci apabila dibuka, selain skrin 4.6-inci apabila ia dilipat. Ini sekaligus membolehkan pengguna menggunakannya sebagai telefon pintar apabila dilipat, atau sebagai tablet apabila ia dibuka. Skrin yang luas ini juga membolehkan pengguna menjalankan tiga aplikasi pada waktu sama untuk multi-tugasan, atau menikmati media pada paparan bersaiz besar.
Selain itu, ia turut dilengkapi cip pemprosesan 7nm, memori 12GB RAM, dan storan 512GB berasaskan UFS 3.0. Telefon pintar ini menyertakan bateri 4380mAh bersama-sama dengannya.
Untuk rakaman gambar pula, ia menyertakan enam kamera, dimana tri-kamera di belakang, dwi-kamera dihadapan (dalam mod tablet), dan satu kamera hadapan (pada mod telefon).
Buat masa ini, Samsung sekadar mengatakan ia akan hadir pada suku kedua 2019 sahaja, dan tiada harga jualan diumumkan. Berkemungkinan ia akan ditawarkan dalam bentuk terhad – lebih kurang seumpama Note Edge suatu ketika dahulu. Di Amerika Syarikat, telefon ini ditawarkan pada harga $1980, iaitu sekitar RM8051.
https://www.youtube.com/watch?v=7r_UgNcJtzQ