Oppo F11 Pro Akan Dilancarkan Pada 5 Mac – Hadir Dengan Kamera 48MP, Sokongan Pengecasan VOOC 3.0

Oppo F11 Pro Akan Dilancarkan Pada 5 Mac – Hadir Dengan Kamera 48MP, Sokongan Pengecasan VOOC 3.0

Diterbitkan pada Feb 23, 2019 oleh .

Realme, sub-jenama Oppo telah mengumumkan akan melancarkan Realme 3 pada 4 Mac. Kini, menariknya, Oppo turut mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan Oppo F11 Pro secara rasminya sehari selepas itu, iaitu 5 Mac 2019 kelak.

Oppo F11 Pro

Oppo F11 Pro

Spesifikasi penuh peranti ini masih tidak diketahui lagi. Tetapi, melalui halaman khusus yang disediakan, Oppo berkongsi beberapa gambar, dan mengesahkan ia akan hadir dengan dwi-kamera belakang 48MP + 5MP.

Oppo F11 Pro

Selain itu, ia turut akan menyertakan sokongan pengecasan pantas VOOC 3.0, dan menawarkan rekaan kamera swafoto yang boleh dinaikkan. Dengan penggunaan rekaan ini, ia sekaligus membolehkan Oppo F11 Pro hadir dengan rekaan skrin menyeluruh tanpa takuk atau lubang pada skrin.

Spesifikasi penuh untuknya masih belum diumumkan dan dijangka dikongsikan pada 5 Mac kelak.


TIPS & ULASAN