Carian
Samsung Galaxy S10 Menyokong Nyahkunci Wajah Pada Kedudukan Landskap
February 23, 2019 Effi Saharudin

Sistem imbasan wajah kini menjadi fungsi standard pada peranti kelas mercu dan pertengahan. Ia jauh lebih mudah digunakan berbanding sistem imbasan biometri yang lain. Samsung Galaxy S10 turut menyokong sistem nyahkunci wajah pada kesemua model yang telah dilancarkan beberapa hari yang lalu. Berita baik hari ini ia boleh digunakan walaupun ketika peranti berada di kedudukan landskap.

Ini meletakkan Galaxy S10 setanding dengan Mate 20 Pro dan OnePlus 6T yang turut menyokong nyahkunci menggunakan wajah apabila peranti di kedudukan mendatar. Menerusi sokongan ini kepala tidak perlu disendengkan ke tepi terutamanya apabila berada pada pemegang peranti di dalam kereta. Fungsi ini pada hemat kami seharusnya menjadi standard memandangkan peranti kerap digunakan untuk menonton video pada kedudukan landskap. Ia adalah antara kelemahan yang wujud pada Face ID iPhone sedangkan ia diaktifkan pada iPad.

Komen