Oppo Turut Memperlihatkan Rekaan Peranti Dengan Skrin Boleh-Lipat Mereka

Oppo Turut Memperlihatkan Rekaan Peranti Dengan Skrin Boleh-Lipat Mereka

Diterbitkan pada Feb 25, 2019 oleh .

Di acara MWC Barcelona, Oppo memperlihatkan sistem zoom 10X nirhilang serta teknologi 5G. Aneh sekali peranti dengan skrin boleh lipat pertama mereka tidak pual diperlihatkan seperti yang diuar-uarkan sebelum ini. Namun rekaannya telahpun didedahkan oleh Brian Shen, timbalan presiden Oppo menerusi akaun Weibo beliau.

Sekali imbas ia mempunyai persamaan dengan Huawei Mate X dimana skrin dibuka ke belakang untuk menggunakan mod tablet. Pada bahagian sisi kiri pula terdapat barisan untuk kamera dan bonggol untuk port pengecasan USB-C. Perbezaan hanya terletak pada bezel skrin peranti Oppo yang lebih tebal berbanding Mate X. Tiada maklumat mengenai nama atau spesifikasi. Brian mengatakan setakat ini ia hanya sekadar prototaip dan Oppo akan hanya mengeluarkannya jika terdapat permintaan.


TIPS & ULASAN