Cari @ Amanz

Kewujudan sistem kamera zoom 10X nirhilang bukan lagi rahsia kerana ia telah diumumkan oleh Oppo minggu lalu. Bagi mereka yang ingin melihat sendiri inovasi terkini dari Oppo, mereka mengesahkan acara pameran inovasi mereka pada 23 Februari kelak ketika acara MWC.

Jemputan ke acara ini telah mula diberikan dan selain teknologi zoom 10X nirhilang, mereka dipercayai akan turut memperlihatkan sistem imbasan cap jari terbina dalam skrin yang mempunyai kawasan pengesan yang lebih besar. Sistem terkini ini dibangunkan dengan kerjasama Synaptics.

Teknologi zoom 10X nirhilang ini adalah penambahbaikan dari sistem zoom 5X nirhilang yang diperlihatkan oleh Oppo pada tahun 2017. Persoalannya ialah adalah akhirnya peranti dengan sistem zoom yang amat tinggi ini akhirnya akan dijual kepada orang ramai dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd