Cari @ Amanz

Tahun lalu di MWC, Oppo memperlihatkan dua teknologi baru yang dibangunkan sendiri oleh mereka. SuperVOOC dapat mengecas bateri peranti dalam masa hanya 15 minit. SmartSensor pula meletakkan sistem penstabilan imej pada sensor dan bukannya pada lensa kamera seperti kebiasaannya.

Tahun ini sekali lagi Oppo akan menunjukkan teknologi baru mereka. Imej teaser teknologi 5X untuk kamera peranti pintar sudah diperlihatkan. Dari teaser ini ia mungkin teknologi yang membolehkan zoom optikal dilakukan sehingga 5X. Di pasaran sekarang iPhone 7 Plus membenarkan zoom optikal sehingga 2X manakala pada Zenfone AR pula sehingga 3X. Teknologi baru yang bakal diperlihatkan ini akan mempertingkatkan lagi kemampuan kamera pada peranti mudah alih.

Setakat ini Samsung Galaxy K Zoom ialah peranti dengan kemampuan zoom optikal tertinggi iaitu 10X. Tetapi K Zoom dilengkapi lensa gergasi seperti yang ditemui pada Galaxy Camera. Hanya beberapa hari sahaja lagi sebelum bermulanya MWC 2017. Kami di Amanz akan melaporkan pelancaran teknologi 5X Oppo oni secara terus dari Barcelona. Teruskan bersama kami.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd