Carian
Sony Xperia L3 Turut Dilancarkan Secara Rasmi – MediaTek Helio P22, Skrin HD+, USB-PD
February 25, 2019 Fahim Zahar

Jika Xperia 10 dan Xperia 10 Plus adalah peranti kelas pertengahan premium, Sony turut melancarkan Sony Xperia L3 sebagai telefon pintar kelas pertengahan biasa.

Peranti ini dijana dengan cip pemproses MediaTek Helio P22, mempunyai nisbah skrin panjang biasa 18:9 dan skrin bersaiz 5.7-inci HD+. Memori peranti ini adalah 3GB RAM dan storan dalaman 32GB dengan sokongan kad mikroSD. Kamera utama adalah 13+2 Megapixel dan kamera swafoto adalah 8 Megapixel. Kameranya mempunyai perisian yang telah dioptimasikan untuk memberi kualiti yang mengagumkan.

Kapasiti bateri ini adalah 3300mAh dengan sokongan pengecasan pantas USB-PD. Peranti ini pula hanya menjalankan Android Oreo yang lama dan bukannya Android Pie seperti peranti Xperia 10 dan Xperia 10 Plus. Peranti ini dijangka akan dijual pada harga $199 iaitu sekitar RM810 sahaja.

Komen