Carian
Jam Tangan Pintar Nubia Alpha Dilancarkan Dengan Skrin Yang Melengkung Pada Pergelangan Tangan
February 26, 2019 Effi Saharudin

Tahun lalu prototaip Nubia Alpha diperlihatkan dengan skrin melengkung pada pergelangan tangan. Ia akhirnya sedia untuk dijual kepada umum. Jam tangan pintar ini dilengkapi skrin 4″ OLED boleh lentur, dijana cip Snapdragon Wear 2100, memori sebesar 1GB RAM storan storan sebesar 8GB.

Ia turut dilengkapi sebuah kamera sebesar 5-Megapixel pada bahagian muka jam bagi membolehkan panggilan video dilakukan. Bateri sebesar 500 mAh melengkapi spesifikasi jam tangan pintar yang menggunakan sistem operasi tersendiri ini. Pada bahagian sisi terdapat dua butang fizikal untuk kawalan navigasi. Ia turut boleh dikawal menerusi sokongan gesture Air Interaction Mechanics (A.I.M) tanpa menyentuh skrin.

Terdapat sokongan eSIM bagi membolehkannya melakukan panggilan telefon tanpa tambatan kepada telefon pintar. Dua warna ditawarkan iaitu hitam dan saduran emas. Ia akan dijual pada bulan April di China pada harga 450 Euro (~RM 2079) untuk versi bluetooth dan 550 Euro  (~RM 2541) untuk versi eSIM.

Komen