Cari @ Amanz

Beberapa minggu yang lalu kami melaporkan Vivo akan melancarkan peranti baharu di bawah sub-jenama iQOO. Imej acah yang diperlihatkan tidak memberi sebarang petunjuk mengenai rekaannya dan terdapat ura-ura ia mungkin sebuah peranti dengan skrin boleh lipat. Laman Weibo rasmi iQOO semalam telah akhirnya berkongsi rekaan peranti misteri ini.

Ia bukan sebuah peranti dengan skrin boleh lipat tetapi sebuah peranti dengan sistem tri-kamera. Spesifikasinya pula telah tertiris menerusi laman TENAA. Ia dilengkapi skrin 6.41” AMOLED  FHD+, dijana cip Snapdragon 855, memori 6/8/12 GB RAM dan storan 128/256 GB. Kamera utama menggabungkan sensor  13 + 12 + 2 Megapixel dan kamera hadapan pula 12-Megapixel. Akhir sekali ia akan menggunakan bateri sebesar  3920 mAh dengan pengecasan pantas 44W.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd