Carian
Vivo Mungkin Hadir Dengan Sub-Jenama Baru IQOO
February 12, 2019 Effi Saharudin

Satu trend yang kami rasakan agak aneh ialah syarikat pengeluar peranti menghasilkan peranti di bawah sub-jenama baharu. Huawei hadir dengan Honor, Xiaomi dengan Redmi dan Oppo dengan Realme. Dalam semua kes, sub-jenama ini akan menjual peranti dengan spesifikasi kelas pertengahan pada harga yang lebih mampu milik.

Syarikat yang seterusnya akan melancarkan sub-jenama ialah Vivo. Laman rasmi syarikat IQOO mula muncul di Weibo sejak semalam. Status IQOO menerima jawapan dari akaun rasmi Vivo yang mengalu-alukan kedatangan “kawan” ke tahun baru. Malahan akaun rasmi Vivo turut mempromosikan akaun IQOO. Menurut laporan MySmartPrice apabila dokumen laman web IQOO diperiksa, Vivo disenaraikan syarikat yang mendaftarkannya.

Dengan Vivo dan Oppo sudah melancarkan sub-jenama masing-masing mungkinkah selepas ini OnePlus juga akan turut mengambil langkah yang sama?

Komen