Carian
Tiga Standard Baru USB 3.2 Diperkenalkan Oleh USB Implementers Forum
February 27, 2019 Effi Saharudin

Format USB 1.0 diperkenalkan pada tahun 1995 dengan kelajuan pemindahan data 12 Mbps. Kali terakhir standard baru diperkenalkan ialah pada tahun 2013 dengan USB 3.1 dengan kelajuan pemindahan data 10Gbps. Di MWC Barcelona 2019, USB Implementers Forum (USB-IF) secara rasmi telah memperkenalkan tiga standard dibawah USB 3.2.

Terdapat tiga standard di bawahnya iaitu USB 3.2 Gen 2X2, USB 3.2 Gen 2dan USB 3.2 Gen 1. USB 3.2 Gen 1 adalah penamaan semula standard USB 3.0 yang menggunakan nama komersil SuperSpeed USB. USB 3.2 Gen 2 pula adalah penamaan semula standard USB 3.1 yang menggunakan nama komersil SuperSpeed USB 10Gbps. Akhir sekali USB 3.2 Gen 2X2 menggunakan nama komersil SuperSpeed USB 20Gbps.

Pada waktu ini, USB 3.2 Gen 2×2 hanya disokong oleh USB-C. Jadi masa hadapan sekiranya anda ingin peranti yang mempunyai tahap pemindahan USB terpantas, anda perlu memastikan ia menyokong standard USB 3.2 Gen 2X2 atau nama komsersilnya SuperSpeed USB 20Gbps.

Komen