Cari @ Amanz

Akhir Januari lalu kedengaran ura-ura seramai 200 pekerja dilepaskan dari Project Titan yang membangunkan kereta swapandu Apple. Program ini telah dimulakan sejak 2015 tetapi menghadapi pelbagai masalah. Pihak Apple akhirnya mengesahkan seramai 190 pekerja akan dilepaskan bermula April 2019.

Kereta AppleIni terdiri daripada 38 pengurus program kejuruteraan, 33 jurutera perkakasan, 31 jurutera rekaan produk dan 22 jurutera perisian. Menurut Apple pengurangan tenaga kerja ini adalah kerana penstrukturan semula di bawah pengurusan baru Doug Field. Beliau kembali ke Apple selepas lima tahun bersama Tesla. Masa depan projek kereta swapandu Apple adalah agak kabur kerana tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.

Di dalam laporan kekerapan sistem perlu diambil alih yang difailkan oleh Apple pada Jabatan Pengangkutan Jalan California, pemandu manusia diperlukan setiap 1.1 batu berbanding sistem Google Waymo yang berlaku setiap 11,017 batu. Apple adalah nama besar dalam dunia telefon pintar dan komputer peribadi tetapi menghadapi kesukaran dalam arena automotif.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd