Cari @ Amanz

Awal Januari lalu, Redmi Note 7 telah dilancarkan di China. Ia secara rasmi menjadi peranti pertama yang menggunakan sub-jenama Redmi selepas selama ini bernaung di bawah Xiaomi. Di India hari ini Redmi Note 7 Pro akhirnya dilancarkan dengan beberapa penambahbaikan berbanding model asas.

Redmi Note 7 hadir dengan skrin 6.3-inci IPS LCD FHD+dengan bertakuk kecil. Ia turut menggunakan rekaan kaca 2.5D pada bahagian belakang dalam memberikan keselesaan ketika memegangnya. Selain daripada itu, telefon pintar ini dijana dengan cip Snapdragon 675, pilihan memori sehingga 6GB RAM, serta storan sehingga 128GB. Penambahbaikan adalah dalam bentuk penaiktarafan dari cip Snapdragon 660 sebelum ini.

Kamera utama menggunakan sensor 48+5 Megapxiel f/1.79 sementara kamera hadapan pula sebesar 13-Megapixel. Ini membolehkan peranti merakam video pada resolusi maksimum 4K 30FPS. Sensor Sony IMX586 digunakan pada versi Pro berbanding Samsung pada versi Note 7 biasa.

Sebuah bateri sebesar 4000mAh disertakan dengan sokongan pengecasan pantas QuickCharge 4.0 menggunakan port USB-C. Akhir sekali ia masih menyertakan sebuah pemancar infra merah, bicu audio pada bahagian atas dan kemampuan kalis percikan air menggunakan teknologi P2i.

Di India Redmi Note 7 Pro dijual pada harga INR 13.999 (~RM 800) untuk versi 4/64GB dan INR 16,999 (~RM 973) untuk versi 6/128GB.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd