Samsung Galaxy Watch Active Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM799

Samsung Galaxy Watch Active Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM799

Diterbitkan pada Mac 1, 2019 oleh .

Samsung Galaxy S10 dilancarkan di Malaysia hari ini bersama dengan aksesori Galaxy Buds dan Galaxy Watch Active. Bagi mereka yang ingin memiliki Galaxy Watch Active, ia ditawarkan di Malaysia pada harga RM799 seutas. Jam tangan pintar ini menggunakan sistem operasi Tizen4 yang membolehkannya ditambat pada peranti Android dan iOS.

Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 1.1-inci AMOLED berbentuk bulat, cip Exynos 9110 dua teras , memori 768MB RAM, dan bateri sebesar 230mAh. Jam tangan pintar ini turut mempunyai kemampuan kalis air IP68 dan 5ATM. Dengan sokongan pengecasan nirwayar pula, ia boleh dicas di belakang sebuah Galaxy S10 apabila diperlukan. Di Malaysia Samsung Galaxy Watch Active akan dijual secara rasmi bermula 8 Mac ini.



TIPS & ULASAN