Razer Phone 2 telah pun dilancarkan di Malaysia pada awal tahun ini, dimana ketika pengenalan ia membawakan harga jualan sebanyak RM3449. Walaubagaimanapun, harga jualan peranti berkenaan telah pun dikurangkan beberapa minggu lepas, dan kini, harga jualannya dikurangkan lagi, membolehkan pengguna mendapatkannya pada harga RM2749.
Razer Phone 2 hadir dengan fokus terhadap permainan mudah-alih, dimana ia menyertakan skrin dengan kadar segar semula 120Hz. Dari segi spesifkasi, peranti berskrin 5.72-inci ini menyertakan cip Snapdragon 845, memori 8GB RAM, dan storan 64GB. Ia dilengkapi dwi-kamera belakang gabungan 12MP + 12MP, selain kamera hadapan 8-megapixel. Razer Phone 2 turut hadir dengan sokongan bateri 4000mAh.
Sokongan lain yang turut disertakan dengan peranti ini adalah termasuk sokongan dwi-speaker hadapan, sokongan pengecasan nirwayar, dan logo RGB Razer dibelakang.
Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan peranti ini pada harga RM2749, dan menariknya, ia turut hadir dengan Razer Hammerhead Pro V2 bersama-sama pembelian.
- Beli : Razer Phone 2