Cari @ Amanz

Melalui kicauan oleh Bernama News Channel, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh Deo telah mengumumkan bahawa ujian pelaksanaan teknologi 5G akan bermula pada bulan April 2019 selama enam bulan.

Ujian pelaksanaan teknologi 5G tersebut akan dijalankan di Cyberjaya dan Putrajaya, akan tetapi buat masa ini tiada butiran mengenai ujian-ujian yang akan dijalankan.

Jika perjanjian Maxis dan Huawei untuk memesatkan rangkaian 5G di Malaysia boleh dijadikan ukuran, terdapat kebarangkalian bahawa keberkesanan rangkaian 5G diantara ujian yang akan diperlihatkan sepanjang enam bulan tersebut.

Teknologi 5G juga sering dikaitkan dengan teknologi-teknologi lain seperti Internet of Things (IoT) dan Industrial Revolution 4.0 yang menekankan penggunaan internet yang laju dan sela-masa yang rendah bukan sahaja didalam industri perusahaan, tetapi juga untuk teknologi pengguna dalam aktiviti seharian.

Adakah pengumuman ini bermakna bahawa kerajaan benar-benar ingin memesatkan penggunaan teknologi 5G di Malaysia? Sama-sama kita tunggu penerangan lanjut daripada kerajaan mengenai ujian setengah tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd