Vivo Bekerjasama Dengan Energous Untuk Menggunakan Teknologi Pengecasan Nirwayar Jarak Jauh Frekuensi Radio

Vivo Bekerjasama Dengan Energous Untuk Menggunakan Teknologi Pengecasan Nirwayar Jarak Jauh Frekuensi Radio

Diterbitkan pada Mac 4, 2019 oleh .

Hampir lima tahun yang lalu sistem pengecasan WattUp yang dibangunkan oleh Energous diperlihatkan kepada umum. Ianya amat unik kerana sebuah peranti boleh dicas secara nirwayar tanpa sebarang sentuhan fizikal pada dermaga khas seperti yang digunakan sekarang. Dengan kata lain WattUp membolehkan peranti “menarik kuasa” dari udara untuk mengecas peranti.

Di MWC, pihak Vivo telah memateri perjanjian dengan Energous untuk memperkenalkan sistem WattUp pada telefon pintar keluaran mereka. Secara lebih spesifik teknologi pengecasan Wireless Charging 2.0 akan digunapakai. Ia membolehkan pelbagai peranti seperti telefon pintar, jam tangan pintar dan fon telinga nirwayar dicas menggunakan “router kuasa” yang tidak memerlukan sentuhan fizikal. Kuasa diserap dari frekuensi radio untuk mengecas. Pada waktu yang sama sentuhan fizikal pada dermaga pengecasan Wireless Charging 2.0 WattUp akan memberikan pengecasan yang pantas.

Sebelum ini pada tahun 2016, WattUp dilaporkan bekerjasama dengan Apple tetapi sehingga kini teknologi mereka tidak ditemui pada sebarang peranti keluaran Cupertino.

Sumber Energous menerusi PhoneArena


TIPS & ULASAN