Cari @ Amanz

Realme 3 Pro Akan Dilancarkan Pada Bulan April Kelak

Oleh Aman

Link Copied!

Realme, sub-jenama kepada Oppo hari ini telah pun memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Realme 3. Menariknya, pada penghujung acara pelancarannya, pihak Realme turut mengumumkan yang mana mereka akan memperkenalkan Realme 3 Pro pada bulan April 2019 kelak.

Realme 3 Pro

Pihak Realme tidak berkongsi sebarang info berkenaan dengan Realme 3 Pro buat masa ini. Tetapi sekadar mengatakan ia bukan sahaja akan memfokuskan kepada penawaran prestasi yang pantas, tetapi juga untuk sokongan kamera yang baik.

Sekiranya mengikut desas-desus sebelum ini, Realme dikatakan bakal hadir dengan telefon menggunakan kamera 48-megapixel. Memandangkan pihak Realme sendiri membandingkannya dengan Redmi Note 7 Pro, maka kita mungkin melihat penggunaan kamera 48-megapixel pada Realme 3 Pro. Selain itu, tidak mustahil juga ia menggunakan cip pemprosesan daripada Qualcomm, selain mungkin menawarkan memori yang tinggi. Realme 2 Pro sebelum ini menawarkan pilihan sehingga 8GB RAM.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan bulan April ini untuk mengetahui lanjut mengenai telefon berkuasa daripada Realme ini.


Komen ()