Oppo F11 Pro Dengan Kamera 48-Megapixel Akan Ke Malaysia Pada Bulan ini

Oppo F11 Pro Dengan Kamera 48-Megapixel Akan Ke Malaysia Pada Bulan ini

Diterbitkan pada Mac 5, 2019 oleh .

Oppo akan melancarkan telefon pintar Oppo F11 Pro secara rasminya pada hari ini pada peringkat global. Menariknya, terlebih awal daripada itu, pihak Oppo Malaysia kini mengumumkan telefon pintar Oppo F11 Pro akan hadir ke pasaran Malaysia pada bulan Mac 2019 ini.

Oppo F11 Pro

Oppo F11 Pro

Oppo F11 Pro dilihat akan hadir dengan rekaan kamera hadapan yang boleh disembunyikan, dwi-kamera belakang gabungan 48-megapixel dan 5-megapixel, selain turut hadir dengan sokongan pengecasan pantas VOOC 3.0.

Oppo F11 Pro

Oppo F11 Pro

Buat masa ini, spesifikasi penuh untuknya tidak diketahui lagi. Kita akan mengetahui lebih lanjut mengenainya selepas pelancaran rasmi peranti berkenaan yang dijadualkan hari ini di India.


TIPS & ULASAN