Hyundai Memperlihatkan Kunci Kereta Digital Menggunakan Telefon Pintar

Hyundai Memperlihatkan Kunci Kereta Digital Menggunakan Telefon Pintar

Diterbitkan pada Mac 5, 2019 oleh .

Sejak tiga tahun kebelakangan ini kami menantikan kunci kereta digantikan dengan telefon pintar. Peranti pintar sebagai kunci telah wujud sekian lama malahan kami gunakan di pejabat untuk membuka pintu. Selepas kali pertama menunjukkan minat menggunakan sistem NFC sebagai pengganti kunci kereta pada tahun 2012, Hyundai akhirnya memperlihatkan sistem Digital Key mereka.

Digital Key ialah aplikasi yang membolehkan telefon pintar menggantikan kunci kereta dengan teknologi NFC. Selepas pintu dibuka, pengguna hanya perlu meletakkan telefon pintar pada dermaga pengecas nirwayar dan menekan butang menghidupkan enjin. Sebanyak empat Digital Key boleh dikongsi untuk sebuah kereta. Setiap tetapan peribadi seperti posisi kerusi, ketinggian stereng, cermin sisi, sistem audio video dan suhu pendingin hawa berubah secara automatik mengikut pengguna berbeza.

Kereta pertama yang akan menggunakan Digital Key ialah Hyundai Sonata 2020 yang akan diperlihatkan di New York International Auto Show pada April hadapan. Dengan penggunaan kunci digital ini, masalah kunci tertinggi atau anak terkunci di dalam kereta dapat diselesaikan sekiranya anda mempunyai telefon pintar.


TIPS & ULASAN