Volvo Mengehadkan Kelajuan Maksimum Kereta Keluaran Mereka Ke 180 km/j Tahun Hadapan

Volvo Mengehadkan Kelajuan Maksimum Kereta Keluaran Mereka Ke 180 km/j Tahun Hadapan

Diterbitkan pada Mac 5, 2019 oleh .

Memandu dengan laju adalah antara faktor tertinggi berlakunya kemalangan. Walaupun had kelajuan maksimum lebuhraya Malaysia ialah 110 km/j, ramai pengguna memandu dengan lebih laju kerana kenderaan yang dipandu berkuasa tinggi. Pada tahun 2020 kereta keluaran Volvo akan mempunyai halaju maksimum 180 km/j.

Ini dilakukan selepas kajian mendapati kelajuan tinggi adalah penyebab utama kematian. Pelbagai teknologi keselamatan yang digunapakai pada kereta Volvo tidak berguna apabila kenderaan dipandu terlalu laju. Volvo juga sedang mempertimbangkan sistem panduan pintar serta geopagar yang secara automatik mengehadkan kelajuan kenderaan apabila memasuki kawasan sekolah atau hospital.

Volvo ialah syarikat yang telah kama cakna mengenai keselamatan penumpang. Mereka yang pertama memasang tali pinggang keselamatan tiga titik pada tahun 1958 dan pada tahun 2016 melancarkan XC90 yang merupakan kereta kalis mati pertama mereka.


TIPS & ULASAN