Oppo hari ini telah pun melancarkan secara rasminya model telefon pintar mereka di India, iaitu Oppo F11 Pro. Telefon pintar ini juga telah disahkan oleh Oppo Malaysia yang mana ia akan hadir ke pasaran tempatan pada bulan Mac ini.
Oppo F11 Pro hadir dengan skrin 6.53-inci dengan paparan HD+ dan tidak menyertakan sebarang takuk atau lubang pada skrin. Oppo menyembunyikan kamera swafoto untuk telefon pintar berkenaan pada bahagian yang disembunyikan – dimana kamera swafoto periskop digunakan, membolehkan ia dinaikkan hanya apabila pengguna mengakses aplikasi dengan kamera hadapan.
Untuk bahagian kamera, ia menggunakan kamera swafoto periskop 16-megapixel, selain dwi-kamera belakang yang mengabungkan lensa 48-megapixel dan 5-megapixel.
Dari segi spesifikasi, Oppo F11 Pro dijana cip Helio P70, memori dalam pilihan 4/6GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Telefon pintar ini turut dijana bateri 4000mAh, dan menawarkan sokongan pengecasan pantas VOOC 3.0 berasaskan mikro-USB.
Melengkapkan ia juga adalah sistem operasi ColorOS 6.0 berasaskan kepada Android 9.0 Pie.
Buat masa ini, harga jualan telefon pintar ini di Malaysia masih tidak diketahui lagi. Kita mungkin mendengar penawaran dan tarikh pelancarannya di Malaysia dalam beberapa minggu akan datang lagi.