Semua Peranti Realme Akan Dikemaskini Dengan Android Pie Pada Pertengahan 2019

Semua Peranti Realme Akan Dikemaskini Dengan Android Pie Pada Pertengahan 2019

Diterbitkan pada Mac 5, 2019 oleh .

Realme semalam telah pun memperkenalkan telefon pintar baru Realme 3. Menariknya, pada acara berkenaan juga, pihak Realme mengambil kesempatan untuk mengumumkan yang mana semua telefon pintar Realme akan menerima kemaskini ColorOS 6.0 berasaskan kepada Android 9.0 Pie.

Realme Pie

Realme menyasarkan kemaskini ini ditawarkan untuk semua peranti mereka pada pertengahan pertama 2019 ini – iaitu sebelum atau pada bulan Jun 2019 ini.

Buat masa ini, di Malaysia, pihak Realme telah sedia menawarkan tiga peranti, iaitu Realme 2 Pro, Realme 2 dan juga Realme C1. Selain ketiga-tiganya, pihak Realme turut menyasarkan pengenalan telefon pintar Realme 3 untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi. Bagi anda yang menggunakan peranti Realme, sama-sama nantikan kemaskini perisian untuknya dalam bulan-bulan akan datang.


TIPS & ULASAN