Huawei P30 Pro Disahkan Mempunyai Sistem Zoom Periskop

Huawei P30 Pro Disahkan Mempunyai Sistem Zoom Periskop

Diterbitkan pada Mac 6, 2019 oleh .

Selepas rekaan panel belakang Huawei P30 Pro tertiris minggu lalu, terdapat spekulasi ia mempunyai sistem zoom periskop seperti yang digunakan pada peranti prototaip Oppo di MWC. Ini adalah kerana sensor ketiga di pada sistem catur-kamera P30 Pro mempunyai rekaan berkotak yang sama. Menurut laporan Androidcentral, peranti ini sah menggunakan sistem zoom periskop.

Ini disahkan sendiri oleh timbalan presiden bahagian pemasaran Huawei di dalam sebuah temu ramah bersama laman tersebut. Beliau walau bagaimanapun tidak mendedahkan berapakah tahap zoom yang mampu dilakukan menerusi sistem periskop ini. Tetapi ia pastinya dipertingkatkan dari 3X zoom optikal yang ditemui pada P20 Pro tahun lalu. Dengan penggunaan sistem zoom periskop ini, gambar yang dihasilkan akan kelihatan lebih tajam berbanding sistem zoom biasa.


TIPS & ULASAN