Cari @ Amanz

Apple Secara Senyap Telah Membaiki Masalah Skrin MacBook Pro Terpadam

Link Copied!

Januari lalu pemilik MacBook Pro 2016 melaporkan masalah skrin komputer yang tidak menyala apabila ia dibuka. Pada awalnya skrin memaparkan kesan lampu limpah pada bahagian bawah skrin sebelum terpadam sepenuhnya apabila skrin dibuka pada kedudukan melebihi 45 darjah. Sebilangan pengguna kemudian membuka laman petisyen supaya Apple membaiki masalah ini secara percuma.

Menurut laman iFixit Apple mungkin telah menyelesaikan masalah ini secara senyap pada MacBook Pro 2018. Mereka mendapati kabel sambungan skrin LCD ke papan induk model terkini adalah 2mm lebih panjang berbanding yang ditemui pada model 2016. Dengan kabel lentur yang lebih panjang, masalah ia rosak kerana ditarik berkali-kali ketika proses membuka penutup dapat dielakkan.

Berita buruk bagi pemilik MacBook di sini ialah kos menggantikan komponen ini masih lagi menelan belanja $600 kerana Apple menggantikan keseluruhan komponen skrin dan bukan hanya kabel untuk menyelesaikan masalah ini.


Komen ()