Volvo Memulakan Ujian Bas Swapandu Elektrik Di Singapura

Volvo Memulakan Ujian Bas Swapandu Elektrik Di Singapura

Diterbitkan pada Mac 6, 2019 oleh .

Kerajaan Singapura mensasarkan sistem bas elektrik swapandu akan memulakan operasi seawal 2022. Ini ialah rancangan masa panjang untuk mengurangkan pencemaran di negara kecil ini dan sekaligus mempertingkatkan sistem pengangkutan awam yang ditawarkan. Terkini Volvo telah mengumumkan ujian bas swapandu elektrik mereka di Singapura di perkarangan Nanyang Technological University (NTU)

Bas 7900 Volvo Electric ini mampu membawa sehingga 80 penumpang pada satu-satu masa. Kerana penggunaan tenaga elektrik, ia menjimatkan penggunaan tenaga sehingga 80% apabila dibandingkan dengan sebuah bas berkuasa diesel. Sebuah bandar mini dibina di NTU bagi menguji keselamatan sistem swapandu dalam mengesan kehadiran pengguna jalan lain ketika beroperasi. Sistem kamera 3D dan laser yang digunakan pada waktu ini mempunyai ketepatan mengukur jarak sehingga 1 sentimeter.

Singapura amat progresif dalam penggunaan sistem swapandu di negara mereka. Selain ujian bas di atas, mereka turut telah menguji sistem teksi swapandu nuTonomy dan penggunaan lori swapandu untuk kegunaan di pelabuhan sejak dua tahun yang lalu.


TIPS & ULASAN