Cari @ Amanz

Huawei pagi ini mengumumkan mereka memfailkan saman ke atas kerajaan Amerika Syarikat kerana mengharamkan penjualan kelengkapan telekomunikasi mereka di negara tersebut. Saman difailkan di Texas kerana menurut Huawei kerajaan A.S sehingga kini tidak memberikan bukti bahawa mereka terlibat dalam pengintipan di negara tersebut menerusi penggunaan peralatan telekomunikasi sedia ada.

Tambah mereka lagi pengharaman jualan tanpa bukti ini melanggar perlembagaan A.S serta akan memohon injunksi bagi menghalang arahan pengharaman ini dari dilakukan di masa hadapan. Pada waktu yang sama pengharaman yang dikuatkuasakan A.S melanggar undang-undang, menghalang Huawei dari bersaing dengan adil dan merugikan pengguna kerana kos peralatan mereka adalah sehingga 40% lebih murah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd