Google Duplex Akan Diberikan Kepada Peranti Android Lain Dan Juga iOS

Google Duplex Akan Diberikan Kepada Peranti Android Lain Dan Juga iOS

Diterbitkan pada Mac 7, 2019 oleh .

Google Duplex ialah fungsi fiksyen sains yang akhirnya menjadi realiti tahun lalu. Ia mampu melakukan perbualan dengan manusia tanpa kedengaran seperti sebuah kecerdasan buatan. Pengguna boleh menggunakan Duplex untuk melakukan tempahan restoran tanpa mereka melakukan panggilan telefon secara peribadi. Pagi ini Google mengumumkan beberapa perkara menarik mengenai Duplex.

Pertama sekali ia diaktifkan kepada pengguna di 43 negeri di Amerika Syarikat hari ini. Tetapi berita yang lebih menarik perhatian kami ialah ia akan akhirnya diberikan kepada pengguna peranti selain Pixel ke seluruh dunia dalam masa beberapa minggu dari sekarang. Malahan pengguna peranti iOS juga boleh menggunakan Duplex pada peranti mereka di masa hadapan. Pembantu maya sekarang semakin bijak dan mampu menggantikan setiausaha manusia. Berapa kerapkah anda menggunakan Google Assistant pada peranti anda?



TIPS & ULASAN