Kamera Nircermin Android Yongnuo YN450 Akan Dijual April Ini

Kamera Nircermin Android Yongnuo YN450 Akan Dijual April Ini

Diterbitkan pada Mac 7, 2019 oleh .

Kamera terbaik ialah kamera yang sentiasa berada bersama anda. Jadi tidak mengejutkan kamera pada telefon pintar kini semakin ditambah baik bagi memenuhi keperluan pengguna yang menggunakannya sebagai kamera utama. Tetapi terdapat banyak kekurangan pada kamera telefon pintar kerana saiz sensor yang kecil dan lensa tidak menangkap banyak cahaya.

Oleh sebab itulah apabila rekaan Yongnuo YN450 tertiris November tahun lalu kami menjadi amat teruja. Ia adalah sebuah kamera nircermin yang menggunakan sistem operasi Android dan mempunyai lensa yang boleh ditukar. Laman Cinema5D telah menghasilkan video pandang pertama kamera ini dan beberapa maklumat baharu mengenainya telah diketahui.

YN450 dilengkapi sensor mikro 4/3 keluaran Panasonic dengan sokongan lensa cagak EF Mount. Terdapat storan sebesar 32GB dan bateri yang membolehkannya beroperasi selama empat jam. Ia turut menyokong rakaman video pada resolusi 4K 30FPS. Menarik sekali bateri boleh ditanggalkan untuk penukaran bateri yang pantas ketika ia digunakan. Buat masa ini YN450 akan dilancarkan terlebih dahulu di China pada harga sekitar $500 (~RM 2042) sebuah.


TIPS & ULASAN